Teknik Menjawab Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu (Kertas 1)


Format Baru

1. Kertas 1 mempunyai 40 soalan objektif.

2. Satu jam diperuntukkan bagi Kertas 1.

Kertas 1

1. Kertas 1 terdiri daripada dua bahagian iaitu soalan tatabahasa dan pemahaman petikan.

2. Soalan pengetahuan tatabahasa mengandungi 27 soalan iaitu soalan 1 hingga soalan 27.

3. Soalan 28 hingga soalan 30 terdiri daripada soalan peribahasa iaitu 3 soalan peribahasa.

4. Soalan pemahaman petikan terdiri daripada dua petikan yang mempunyai 10 soalan
iaitu soalan 31 hingga soalan 40. Pemahaman petikan terdiri daripada petikan KOMSAS.

5. Soalan pengetahuan tatabahasa terdiri daripada 7 soalan iaitu soalan 1 hingga soalan 7.

a) Soalan penggunaan imbuhan, kata sendi nama, kata ganda, kata majmuk dan berbagai-bagai jenis kata.

Contoh,
Perabot yang dibeli oleh Midah diperbuat ___________ rotan.

A. dari B.daripada C. pada D. dengan

Jawapan : B

6. Soalan 8 hingga soalan 14 (7 soalan) terdiri daripada soalan mengenal pasti
kesalahan penggunaan perkataan berimbuhan dan berbagai-bagai jenis kata.

Contoh,
Tiap murid perlu belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan
A B C
yang cemerlang. Tiada kesalahan.
D

Jawapan : A

7. Soalan 15 hingga 17 (3 soalan) merupakan soalan ketepatan penggunaan kata
banyak makna dalam ayat.

I. Kassim sedang menonton televisyenketika kami tiba di rumahnya.
II. Masita masih sedang belajar di sekolah rendah.
III. Adik Siti sedang membuat kerja rumah di dalam bilik.
IV. Seluar panjang yang dijahit oleh emak sedang untuk adik saya.

A. I dan II B. I dan IV C. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

Jawapan : C

8. Soalan 18 hingga soalan 21 (4 soalan) merupakan soalan kesalahan struktur ayat.

Mereka hendak melancong ke Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi.

A. ke Pulau Pangkor atau ke Pulau Langkawi
B. di Pulau Pangkor atau ke Pulau Langkawi
C. di Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi
D. ke Pulau Pangkor atau Pulau langkawi

Jawapan : A

9. Soalan 22 hingga soalan 24 (3 soalan) tentang memahami maksud ayat.

Sektor industri batik semakin berkembang maju kerana terdapat permintaan
dan pasaran daripada rakyat tempatan dan pelancong-pelancong luar negeri.

A. Industri batik membangun pesat disebabkan pasaran tempatan.
B. Permintaan luar negeri mendorong industri batik bertambah maju.
C. Pasaran tempatan dan permintaan pelancong-pelancong luar negeri menyebabkan sektor industri batik berkembang maju.
D. Pasaran dalam negeri merupakan punca utama perkembangan sektor industri batik.

Jawapan : C

10. Soalan 25 hingga soalan 27 (3 soalan) merupakan soalan pengetahuan tentang
memilih ayat yang betul.

I. Tiap-tiap murid dikehendaki memakai uniform ke sekolah.
II. Bilakah sambutan hari Terbuka diadakan di sekolah anda?
III. Oh, sakitnya gigi aku!
IV. Baju ini tidak saya punya.

A. I dan II B. II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

Jawapan: A

11. Soalan 28 hingga soalan 30 (3 soalan) merupakan soalan pengetahuan peribahasa.

Peribahasa “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga” mempunyai
maksud yang sama dengan peribahasa berikut:

  1. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
  2. Mencurah air ke daun keladi.
  3. Air tenang jangan disangka tiada buaya.
  4. Air ditetak tidak akan putus.

Jawapan: D

12. Soalan 31 hingga 40 (10 soalan )merupakan soalan pemahaman petikan.

KATA HOMOGRAF

1.0 Definisi :
Kata homograf merujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan
2.0 Contoh-contoh kata homograf:
2.1.bela -
- menjaga / memelihara (kambing itu saya bela sejak kecil lagi)
- tuntut / membalas balik ( Maruah keluarga akan saya bela demi membersih kembali nama
keluarga yang tercemar kerana saya memang tidak bersalah)

LADAP Di Hutan Lipur Ulu Bendul